|
Selamat Datang ke Laman Web KRT Taman Cheras Utama |
|
Di tulis oleh Administrator
|
|
Nov 19, 2005 at 07:52 AM |
|
KRT Taman Cheras Utama telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan sejak ditubuhkan, KRT Taman Cheras Utama telah banyak menjalankan aktiviti aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan perpaduan dan keharmonian penduduk sekitarnya. Seperti yang kita tahu, Skim Rukun Tetangga Pusat telah diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya. KRT Taman Cheras Utama sebagaimana disarankan telah menjalankan aktivi aktiviti yang melibatkan keselamatan dikawasan kediaman, aktiviti aktiviti kemasyarakan serta pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat sekitarnya. Salam Perpaduan Pengerusi AJK KRT Taman Cheras Utama |
|
Kemaskini terakhir ( Jun 18, 2009 at 03:48 AM )
|